Kalau tanya orang Pahang, mereka wajib tahu makanan tradisi ini. Jika ada yang tak tahu, kenalah ambil tahu supaya anda sebagai anak pahang boleh sebarkan sambal hitam lazat yang menjadi makanan tradisi pahang ini terutamanya di Temerloh.



Saya mula diperkenalkan dengan sambal hitam lazat yang unik ini bila dapat bertemu semula dengan seorang rakan sekolah rendah yang berasal dari Temerloh.


Saya panggilnya Kay dan tak sangka beliau mengusahakan perniagaan sambal hitam lazat ini di sana. Khabarnya ia semakin berkembang dan mula mendapat permintaan di luar negeri Pahang.


Berbekalkan sample yang diberikan kepada saya, sememangnya saya turut bersetuju rata-rata mengatakan sambal hitam lazat ini lebih sedap berbanding sambal hitam yang pernah mereka makan.


Rupa-rupanya sambal hitam ni ada bermacam versi. Ada yang versi masamnya lebih, ada yg versi kurang pedas, ada yang versi kurang rasa ikan bilis. Kebiasaanya sambal hitam versi basah. Tetapi Sambal hitam lazat ini unik kerana ia kering yang tak terlalu kering tapi tahan lama. Texture sambal hitam lazat ni lembut. Tidak kering macam serunding tu.


Maka itu ia sesuai dimakan dengan berbagai juadah. Ada yang makan dengan roti, dengan nasi, tambah dalam sup/bihun sup, dalam mee segera untuk menambahkan lagi keenakan mee, makan dengan bubur, quaker oat.


Malah dengan apa sahaja yang dirasakan dapat menambah selera dan keenakan juadah sedia ada. Sambal hitam lazat ni tahan lama maka boleh dibawa semasa melancong. Ada satu ketika, Kay pernah pos sambal hitam lazat ni ke UK yang memakan masa 2 minggu perjalan dan org sana turut menggemarinya berbanding sambal hitam yang mereka telah rasa. Ianya juga sering dibawa oleh pemborong ke cina.


Wah! Jauh berjalan dah sambal hitam lazat ni. Secara jujurnya saya akan rekomen sambal hitam lazat ini kepada anda kerana rasanya yang sedap secukup rasa. Rasa masam, rasa manis, rasa ikan bilis dan rasa pedas yang harmoni. 4 rasa dalam satu menu. Dan yang penting ianya mudah dibawa kemana-mana, kerana sambal hitam ini dibungkus dan disimpan dlm pek yang sesuai.


Jangan baca sahaja, tetapi saya sarankan anda mencubanya dahulu. Jika anda yang berada di luar negeri Pahang yang ingin mendapatkannya, bolehlah ke blog Kay dihttp://sambalhitamlazat.blogspot.com/ ataupun fanpage beliau di https://www.facebook.com/SambalHitamLazat.


Anda yang berada di Pahang pula boleh dapatkannya terus di Restoran Claypot Patin Tempoyak yang telah menjadi pengedar tunggal SHL di wilayah Temerloh.


Ataupun jika anda berdekatan dengan TSK Stop Center, kedai no. 8 aras bawah Terminal Sentral Kuantan, bolehlah membelinya untuk ole-ole di bawa pulang. boleh juga menghubungi Kay terus dengan SMS / WhatsApp ke 012-9224907. Sila (nyatakan <jumlah>, <nama>, <alamat penghantaran>).


Oh ya... berapakah harga sebungkus sambal hitam lazat ni ya? Kay menjualnya RM7 untuk satu pek dan jika anda mahu urusniaga melalui pos, anda perlu menambah RM7 lagi untuk kos penghantaran.


Saya juga tak sabar nak oder lagi buat ole-ole masa open-house raya nanti.




Klik sini untuk dapatkannya: http://p.pw/baflQt

http://p.pw/baflQr

Notis: Jika anda berminat dengan tips dalam artikel di atas dan ingin tahu lebih lanjut, sila layari http://ohbos.blogspot.com. Jangan lupa tinggalkan komen anda tentang posting ini di bawah. :D

0 comments Blogger 0 Facebook

Post a Comment

 
Oh! Bos... © 2015. Hakcipta Terpelihara. Share on Ads Network Reviews. Powered by Blogger
Top