Anda menggunakan Facebook untuk menjana pendapatan? Ya, semua orang boleh berniaga di Facebook dengan menjual produk atau perkhidmatan mereka. Kini untuk mendapatkan produk semakin mudah dan ada yang tak perlukan modal untuk mendapatkannya.

Konsep perniagaan dipermudahkan dengan menggunakan medium online. Pengguna juga sudah semakin yakin dengan konsep perniagaan atas talian kerana banyak perkara seperti jarak lokasi dan kos penghantaran dapat dimanipulasi secara optimum. Pasaran kita juga semakin luas. Apa tunggu lagi, mulakan perniagaan online anda sekarang!

Tetapi sebelum itu, anda perlu kaji beberapa perkara terlebih dahulu sebelum anda terus terjun dalam bisnes online. Produk dah ada, permintaan pasaran pun ada... tetapi anda gagal mendapatkan pembeli. Jadi di mana silapnya?

Maka, di sini saya akan kongsikan #15 StrategiMelariskan Jualan sebagai idea kepada anda untuk anda aplikasi kepada perniagaan anda nanti. 

Tetapi ingin saya tegaskan di sini bahawa ini adalah pendapat peribadi saya berdasarkan kajian dan pengalaman peniaga-peniaga online, dan pengalaman sendiri. Tiada jaminan ianya berkesan kepada perniagaan anda. Ini hanyalah perkongsian semata-mata dan terpulang kepada kebijaksanaan anda untuk mengolahnya menjadi resepi kejayaan anda. Semoga perkongsian ini bermanafaat dan merangsang idea anda untuk melariskan jualan anda nanti.

Kita akan gunakan platform Facebook untuk strategi ini ya...

#Stratergi 1 – Bina Brand, Populariti dan Kredibiliti 

Kenapa orang sanggup membeli dengan anda? Produk anda hot? Servis anda tip top? 

Ramai lagi pesaing anda di luar sana yang turut menawarkan produk atau servis yang sama atau hampir sama dengan anda. Jadi kenapa mesti membeli dari anda? Mereka suka membeli dari orang yang mereka jelas identitinya atau dikenalinya. Jadi anda perlu tampilkan diri anda dengan cara yang meyakinkan prospek anda. 

Cuba lihat pada facebook profile atau facebook fanpage anda. Sejauh mana maklumat yang anda dedahkan itu meyakinkan pengguna facebook atau prospek anda bahawa anda adalah pilihan terbaik untuk mereka membeli. Pastikan, mereka yang baru tiba di ruangan facebook page anda teruja untuk klik LIKE atau add friend kerana mereka dapati ada yang istimewa dari anda. Mereka jelas tentang anda dan yakin anda orang yang dicari untuk solusi mereka. 

Brandkan perniagaan anda atau diri anda. Tampilkan secara professional dan meyakinkan. Mengunjungi page anda walau untuk pertama kali sudah memberikan gambaran bahawa anda berniaga bukan sekadar melepaskan batuk di atas tangga. Cara anda menguruskan Facebook Page anda memperlihatkan kesungguhan anda menjadikan page anda itu lubuk duit.

Cuba kunjungi dan lawati page-page mereka yang berjaya membuat jualan. Cari point-point yang menjadikan page mereka berjaya menjual. Tiru dengan cara anda. Jadikan diri anda unik. Uruskan page anda sebaik mungkin bagi menjelmakan populariti dan serlahkan kredibiliti anda dengan cara brand anda sendiri. Jika anda berjaya dalam menampilkan diri, maka sudah ada peratusan tertentu untuk prospek membeli walau hanya dengan melawat ke page anda.

#Stratergi 2 – Tarik Trafik Kualiti dan “Targeted” 

Nak jual di facebook pun nak kena tarik trafik? Ya! 

Walaupun kita tahu medan facebook memang sangat tinggi trafiknya. Bagaimana orang yang singgah ke page anda? Ramai ke? Siapa yang selalu sangkut atau tersesat ke page anda? Jika dibaca dari formula: makin banyak pelawat ke page anda, makin tinggi potensi jualan anda. Ya! Dari segi logiknya begitulah. 

Tapi harus diingatkan bahawa banyak faktor-faktor lain yang mempengaruhi pelawat anda menjadi pelanggan. Oleh itu, anda kena pandai merancang dan memasang stratergi untuk menarik pelawat yang berkualiti ke page anda. Jarang mereka yang pertama kali singgah dan terus membeli. Jadi anda perlu umpan pelawat anda untuk datang lagi ke page anda. 

Bagaimana caranya? Terpulang pada kebijaksanaan dan kreativiti anda. Sebagai cadangan anda boleh buat seperti di bawah:- 

  1. Rancang Post update anda. 
  2. Buat Post Viral 
  3. Bina Tab dengan masukkan opt-in untuk menjadi subscriber anda. 
  4. Buat Pertandingan sesuai dan tawarkan hadiah. 
  5. Bina aplikasi “gate” pada Tab fanpage anda. 
  6. Tulis artikel / perkongsian / maklumat produk atau perniagaan anda dalam nota sesuai dengan keyword perniagaan anda 
  7. Guna FB Ads. 
#Stratergi 3 – Tangkap Prospek Berkualiti 

Seperti pendapat sesetengah orang, facebook tak sesuai untuk menjual kerana ramai ke facebook untuk bersosial, berkawan, berbincang dan berkongsi hobi mahupun aktiviti semasa. 

Tetapi, ada juga yang menggunakan platform facebook untuk mencari dan membeli produk. Malah, banyak iklan promosi dan offer yang boleh kita dapati melalui facebook. Jadi, kita kena pandai menggunakan medium facebook agar dapat memanfaatkan segala kemudahan dan kelebihan yang ada padanya. 

Setiap hari, ramai orang login ke facebook. Jadi, antara ramai-ramai yang login ke facebook ini pasti ada yang sesuai menjadi bakal prospek kita. Tangkap seberapa ramai yang dapat dan kenal pasti antara mereka itu adalah prospek “targeted” untuk kita kumpul dalam satu tempat khas. 

Jadi, kerja kita seterusnya adalah lebih fokus iaitu tukarkan mereka menjadi pelanggan. Bagaimana nak tangkap dan di mana nak tempatkan mereka? 

Antaranya anda boleh:- 

1- Bina Fanpage khusus untuk niche produk tertentu. 

Seperti stratergi sebelum ini, tarik trafik “targeted” dan dapatkan LIKE berkualiti. Mereka ini adalah peratusan besarnya adalah orang yang berminat mahu mengetahui perkembangan semasa page dari niche kita. 

2- Kumpul Subscriber dari pelbagai pecahan niche lebih khusus. 

Bina opt-in form pada custom tab fanpage atau wujudkan laman squeeze page khas dengan menawarkan sesuatu yang menarik dengan pecahan niche yang lebih khusus mengikut katogeri produk anda. Promosikan link tab tersebut pada fan anda dan kumpul mereka yang berminat dalam satu kempen autoresponder anda. Jadi, lepas ini anda boleh sentiasa follow-up mereka dan sajikan mereka dengan formula : 3G1T iaitu: 3 kali beri sesuatu percuma seperti tips / nasihat / laporan percuma dan lian-lain sebelum anda memulakan ayat promosi produk anda. 

Give + Give + Give = Take 

3- Group Tertutup / Rahsia. 

Hanya offer kepada mereka yang berminat dalam niche atau tajuk tertentu sahaja. Peluang ini anda boleh gunakan untuk bina kredibiliti, educate mereka dan berikan solusi kepada permaslahan atau apa yang mereka perlukan. 

#Stratergi 4- Bina Hubungan Berkesan 

Siapa anda? Tiada yang kenal siapa anda.. kecuali mereka yang rapat dengan anda dan sudah menenali anda. Untuk berniaga dengan berkesan dan jangka panjang, anda perlu tampil dan perkenalkan diri anda kepada bakal-bakal prospek anda. Kalau setakat beberapa kali memperkenalkan diri anda, belum ada jaminan mereka akan ingat akan anda. 

Anda mahu mereka kenal anda sebagai apa? Ianya juga penting kerana ingat anda ingat....(produk / perniagaan anda). Anda perlu ketengahkan apa kepakaran anda atau apa kelebihan produk yang anda jual. Bukan dengan cara sentiasa mengiklan produk anda semata-mata, tetapi dengan cara halus dan memberi kesan positif kepada prospek anda. Mereka pasti suka berkawan dan mengenali anda lebih lanjut jika anda sering memberikan sesuatu yang bermanafaat kepada mereka. 

Contohnya seperti perkongsian dan pendapat berguna. Jangan hanya muncul dalam masa-masa tertentu dan senyap dalam masa lain. Seperti syarikat berjenama, mereka sentiasa melaburkan sejumlah wang tertentu bagi memastikan mereka sentiasa diingati dengan cara iklan di media massa dan menaja program-program tertentu. Produk atau brand mereka sentiasa cuba disematkan dalam minda-minda prospek mereka. 

Maka, dengan teknik yang sama walaupun dengan cara yang berbeza, maka kita perlu cari jalan yang berkesan supaya kita sentiasa diingati dan dikenali. Ketengahkan diri anda / produk anda / perniagaan anda serta keunikannya supaya kita kekal bersaing dengan pesaing-pesaing kita. 

Anda juga boleh kongsikan aktiviti-aktiviti perniagaan semasa anda dan memasukkan gambar-gambar atau rakaman video jika ada. 

Tedapat banyak cara berkesan. Selain dari post di wall / fanpage / group, mungkin adakalanya menggunakan iklan berbayar dengan kos budget anda dan teknik follow-up melalui email dan lain-lain. Semuanya terpulang pada anda dalam memperkenalkan diri anda pada prospek-prospek anda. 

#Stratergi 5- Karang Ayat Power Menjual 

Saya bukan minta anda jadi “pakar” jika ianya bukan kepakaran anda. Tapi untuk menjual dengan berkesan, anda perlu tahu beberapa teknik dan kemahiran menggunakan ayat jualan yang power. 

Apa itu ayat jualan? 

Ianya adalah susunan ayat untuk memikat, memukau, mempengaruhi prospek anda untuk bertukar menjadi pembeli produk anda. Dalam ayat promosi anda, boleh digabungkan elemen gambar dan informasi menggunakan perkataan power yang diadun sesuai dengan offer yang sedang anda promosikan. 

Elemen yang perlu ada dalam ayat jualan berkesan. 

1- Kenalkan diri anda atau pengenalan produk anda menggunakan ayat yang ringkas, padat dan mencakupi apa yang sedang anda mahu tawarkan kepada prospek. Pelanggan biasanya hanya lihat sepintas lalu apa yang sedang kita prmosikan. 

Jika ayat pengenalan yang digunakn itu “cathy” atau menarik serta menjurus kepada permasalahan atau solution yang sedang mereka cari, maka baru mereka mahu mendengar lanjut dari anda. Dengan itu jimat masa anda kerana berjaya menangkap prospek yang sesuai dan “targeted” untuk membuat penerangan lanjut yang lebih berkesan. 

2- Penerangan selanjutnya adalah sebagai huraian atau sokongan kepada pengenalan produk anda. 

Usah cerita panjang tentang produk anda sematamata tetapi tekankan kepada cerita kelebihan produk anda. Terangkan apa produk anda mampu buat atau bagaimana produk anda dapat menyelesaikan permasalahan prospek anda dan sebagainya. 

3- Pilih perkataan atau guna perkataan yang mampu mempengaruhi emosi pembeli. 

Ayat berpengaruh mampu menukarkan prospek anda kepada pembeli produk anda. Mainkan emosi prospek anda dengan gambaran yang jelas dan bawa mereka berada dalam situasi sebenar seperti perkataan “bayangkan”, “andainya” dan lain-lain. 

4- Berikan bukti atau testimoni sebenar sebagai pengukuhan dengan apa yang sedang anda perkatakan. Dapatkan kepercayaan prospek anda untuk mendapatkan produk anda. 

Ada banyak lagi strategi yang hebat-hebat yang ingin saya kongsikan lagi. Tetapi cukuplah 5 Strategi Lariskan Jualan Di Facebook ini kita praktikkan dulu. Kemudian kita sambung dalam artikel lain nanti.

**
Next
This is the most recent post.
Previous
Older Post

0 comments Blogger 0 Facebook

Post a Comment

 
Oh! Bos... © 2015. Hakcipta Terpelihara. Share on Ads Network Reviews. Powered by Blogger
Top