5 tips pemasaran online

Dalam arena perniagaan, bos yang berjaya adalah bos yang mampu memandang 10 langkah ke hadapan. Tambah-tambah bila kita berada dalam dunia di hujung jari iaitu dunia perniagaan online.

Peluang pemasaran online adalah sangat besar pada hari ini dan ianya telah menjadi trend dan platform utama dalam dunia perniagaan moden. Saya mula mengikuti percambahan perniagaan online sejak tahun 2006 lagi. Saya tertarik dan mula mencari apakah yang menjadikan perniagaan online lebih berkesan pada masa kini.

1. Cepat Dan Pantas

Pemasaran online adalah kaedah yang mudah dan sangat pantas. Sambil tunggu kawan di tepi tandas awam pun, anda boleh berbisnes. Anda cuma perlukan smart phone atau tablet, Internet connection, gambar produk dan caption ayat jualan. Menarik lagi, penyampaian kepada prospek boleh dilakukan dalam masa kurang satu minit!

2. Kos Yang Efektif

Kos bagi pemasaran online adalah jimat dan berpatutan malah, ada yang tidak perlukan modal langsung. Sebagai contoh, dalam perniagaan online, kos pencetakan seperti poster dan sticker dapat dikurangkan kerana ianya dimuat naik di Internet dan dihebahkan secara terus. Kos dari segi masa juga adalah amat efektif kerana perniagaan online boleh dilakukan di mana-mana sahaja dan pada bila-bila masa sahaja.

3. Sambutan Hangat Dan Menggalakkan

Kajian menunjukkan bahawa pemasaran melalui online sememangnya menerima respon yang sangat tinggi daripada prospek iaitu 20% sehingga 70% berbanding pemasaran cara tradisional, kadar respon yang diperolehi adalah jauh lebih sedikit dan rendah iaitu sebanyak 1% sehingga 5% sahaja.

4. Simple Tetapi Menarik

Ciri-ciri bercorak interaktif yang boleh diaplikasikan di media sosial memudahkan proses perniagaan dijalankan. Anda boleh menggunakan masa 2 jam di hadapan komputer untuk membalas komen yang ditinggalkan oleh pelanggan anda on-time dan pantas. Tools aplikasi sosial seperti Whatsapp dan Telegram juga memudahkan lagi anda untuk berhubung dengan prospek tanpa sebarang gangguan.

5. Unik

Prospek lebih mengenali syarikat yang unik dan lain daripada yang lain. Ianya boleh dikatakan sebagai ‘value added ’ kepada perkhidmatan syarikat anda. Sebagai bos yang prihatin, anda boleh wujudkan aplikasi percuma syarikat anda untuk para pengguna muat turun. Ianya akan memudahkan proses pembelian dan seterusnya membezakan syarikat anda dengan pesaing.

Saya berharap, perkongsian memantapkan ciri-ciri bos yang bijak memanfaatkan pemasaran online ini dapat memberikan sedikit sebanyak idea bagaimana anda perlu menguasai dunia online yang tiada penghujungnya ini.
Next
Newer Post
Previous
This is the last post.

0 comments Blogger 0 Facebook

Post a Comment

 
Oh! Bos... © 2015. Hakcipta Terpelihara. Share on Ads Network Reviews. Powered by Blogger
Top